Sunday 21 September 2014

Tempat-Tempat Menarik Di Langkawi Wajib Dilawati

Tempat-Tempat Menarik Di Langkawi Wajib Dilawati

Oleh: Homestay Langkawi

Call/Whatsup: 0194171943

Dataran Lang


Tugu Lang di Dataran Helang berhampiran jeti Kuah.
Dataran Lang (Dataran Helang) merupakan mercu tanda Langkawi dan juga merupakan tugu tumpuan pelancong yang terkemuka di pulau Langkawi, Malaysia. Ia merupakan patung helang setinggi 12 meter yang menggambarkan helang yang dari mana Langkawi mendapat namanya. Kedudukan patung helang gergasi ini terletak bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah, dengan sayap berkepak sedia untuk menyusur keudara menjadikannya satu pemandangan yang mengkagumkan bagi para pelancong sedia untuk mendarat di pulau ini.
Rakyat tempatan mencatatkan helang sebagai satu simbol di mana nama langkawi berasal “Lang” adalah sama atau dikata singkatan “helang” manakala “kawi” bermaksud perang merah di zaman Melayu purba.
Pada malam, seluruh dataran diterangkan dengan lampu. Dari laut, panorama adalah menakjubkan. Suasana malam sungguh menggasyikkan dengan cahaya lampu daripada kapal yang berlabuh.

 

Kereta kabel Langkawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang, barat laut pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Kereta kabel ini mula dibuka kepada umum pada 27 Februari 2005 untuk memudahkan pelancong tiba ke puncak gunung yang tingginya 713 meter. Panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian 500 juta tahun ini memang menarik. Panjangnya 2.2 km dan terpanjang di dunia, mengalahkan kareta kabel di Switzerland.
Asalnya sistem pengurusan kereta kabel ini dikendalikan oleh Langkawi Cable Car. Namun kini, ia diselenggara dan diuruskan oleh Panorama Langkawi Sdn. Bhd. (PLSB), iaitu anak syarikat milik penuh Syarikat Prasarana Negara Berhad.Sistem pengangkutan kereta kabel ini dibina dari April 2001 hingga Ogos 2004. Panjang keseluruhan kabel ialah 919.5 meter dan telah mencipta rekod Malaysian Book of Records.


Kilim Geoforest Park


 

Bercuti di Langkawi memang seronok, banyak tempat untuk dilawati.  Berpeluang ke Langkawi, jangan lupa untuk mengunjung ke Sungai Kilim Geoforest Park. sungai paya bakau yang mempunyai khazanah alam yang belum tercemar oleh pembangunan. Rating untuk tempat ini ialah ***** 5 bintang.




Underwater World Langkawi



Underwater World Langkawi di Pantai Cenang adalah satu tempat anda dan anak-anak berhibur dengan keletah penguin dan melihat keindahan alam akuatik dari seluruh dunia.
Di aquarium Langkawi ini, tarikan utamanya adalah spesis penguin Afrika, penguin Rockhopper berambut ranggi serta Marmoset — iaitu antara spesis monyet paling kecil di dunia.
Jika di tempat lain anda hanya dapat melihat satu atau dua penguin, Underwater World Langkawi mempunyai sekumpulan penguin yang cukup aktif berenang dan bergerak bersama. Dan apabila tiba waktu makan, anak anda pasti tertawa melihat keletah mereka makan berebut-rebut sambil badan mereka berayun-ayun ke kiri dan kanan.
Selain penguin, anda juga akan dapat melalui kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran dan kawasan terumbu karang yang memaparkan batu-batu karang pelbagai jenis dan warna yang cukup mengagumkan.

Waktu Makan Haiwan Penting

Penguin Afrika – 11 pg & 2:45 ptg
Penguin Rock Hopper – 11:15 pg & 3 ptg
Furseal – 2:30 ptg

Harga Tiket

Warganegara dengan Mykad
Dewasa — RM28
Kanak-kanak — RM18
Pelancong Asing
Dewasa — RM38
Kanak-kanak — RM28

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 10:00 pg – 6 ptg
Cuti Awam : 9:30 pg – 6:30 ptg


Pantai Cenang
Terletak kira-kira 20 minit dari jeti kuah. Pantai yang paling digemari pengunjung kerana pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan seperti parasailing, banana boat dan mandi pantai. Terdapat banyak pilihan tempat makan, kedai kraftangan dan souvenier serta kedai bebas cukai.




Pekan Kuah
Syurga membeli belah. pelbagai barangan dijual dengan harga bebas cukai seperti periuk,pinggan mangkuk,toto,rokok, pelbagai jenis coklat dan produk-produk gamat asli. Pelbagai kemudahan seperti bank, masjid, gerai-gerai makan, kedai bebas cukai, pasaraya-pasaraya,kedai runcit dan pasar malam.




Pulau Dayang Bunting (Langkawi Geopark)
Berusia 280 tahun dan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Mitos pulau ini mengisahkan anak kepada sepasang putera dan puteri raja mangkat sebaik sahaja dilahirkan.Oleh kerana sang puteri sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya di dalam air tasik ini. Sehingga kini dipercayai kepada wanita yang mandi dan minum air dari tasik ini nescaya dikabulkan hajat untuk menimang cahaya mata., Pakej island hoping (link)


Pulau payar Marine Park
Taman Marin Pulau Payar adalah salah satu dari 5 taman marin di Malaysia. Di bawah peliharaan jabatan laut dan marin,
 
Kota Mahsuri (Makam Mahsuri)
Lagenda Langkawi sejak 7 keturunan. Lagenda mengisahkan mahsuri seorang perempuan melayu yang difitnah dan dibunuh di khalayak ramai kerana bersekedudukan. Sebelum dibunuh beliau bersumpah agar langkawi kering kontang tiada hasil selama 7 keturunan. Waris mahsuri tinggal di phuket telah berkahwin dan mempunyai zuriat.


Bird Paradise
Syurga penggemar burung. Jangan lupa bawa teropong. Pelbagai spesies burung dan haiwan liar. Tiket masuk RM15

No comments:

Post a Comment