Monday 26 May 2014

Perancangan Bercuti ke Langkawi..Pencarian Homestay..kereta Sewa yang berpatutan


Langkawi..siapa yang tak kenal dengan nama Langkawi..satu Malaysia kenal dengan tempat perlancongan yang sinonim dengan barangan bebas cukai dan murah..Tapi bagi anak tempatan Langkawi sendiri sudah biasa dengan persekitaran Langkawi yang sentiasa dikelilingi lautan dan 99 buah kepulauan di sekeliling Langkawi.

Apabila bercadang berkunjung ke Langkawi, persoalan yang sentiasa bermain difikiran kita ialah nak tinggal dimana dan kenderaan yang sesuai sepanjang berada di Langkawi.

Sebenarnya, pengunjung mempunyai berbagai pilihan terutama sekali untuk mencari kenderaan yang sesuai. Pilihan yang dimaksudkan ialah samada untuk membawa sendiri kereta dari kuala kedah dengan menaiki feri atau kargo atau mengambil jalan mudah dengan hanya menyewa kenderaan yang terdapat di Langkawi.
Bagi pendapat saya, jika pengunjung bercadang untuk bercuti di langkawi untuk tempoh yang lama atau lebih dari 4hari adalah disarankan untuk membawa kenderaan sendiri masuk ke langkawi. Kos untuk membawa kenderaan melalui kargo adalah rendah berbanding menyewa dalam tempoh lebih dari 4 hari. Syarikat kargo yang sedia ada termasuklah Wantas, Pertiwi dan Bersatu. Tetapi perlu diingatkan agar kenderaan perlu dihantar sehari lebih awal. Kita juga mempunyai pilihan samada untuk menghantar melalui kargo atau dengan menaiki feri Myroro (Kereta + Penumpang) http://www.langkawiroro.com/.

Langkawi sekarang padat dengan percambahan homestay yang pelbagai dan unik. Ada homestay yang mempunyai kolam renang, ditepi pantai, di tengah sawah padi dan juga rumah teres biasa. Homestay menjadi pilihan pengunjung terutama bagi bilangan pengunjung yang ramai. Ia juga murah jika dibandingkan daripada menyewa hotel yang hanya bole menampung kuantiti yang sedikit bagi satu-satu bilik.

@homestay langkawi 0194171943

No comments:

Post a Comment